mcmc
Utama

Pencapaian 5G Setakat Suku Keempat 2024

Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan.
Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.
Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.
Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, memperkukuh lagi infrastruktur digital negara.
Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti, serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia.
Mesyuarat juga telah meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait halatuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.
Semoga segala usaha ini dipermudah.

https://www.facebook.com/share/p/1ERNRSSXvA