mcmc
Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi)

MENGENAI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL

WhatsApp-Image-2022-09-27-at-3.03.45-PM

 

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL ( NADI )

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

    • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
    • Meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan akiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional
    • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
    • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) SB PERDANA menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli.

Antara latihan yang disediakan ialah:

  • Pengenalan Asas Komputer
  • Asas Internet
  • Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop Publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan Keusahawanan
  • Latihan Aktiviti Pembelajaran (Adobe Photoshop, Editing Apps)