Pertubuhan ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menarik seberapa banyak belia dan beliawanis untuk menganggotai Majlis Kebudayaan dan Kesenian Daerah Sabak Bernam yang disusun untuk merealisasikan objektif Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dalam usaha untuk memupuk dan memelihara Seni Kebudayaan Kebangsaan.
Misi bagi pertubuhan ini adalah :
1.Menggalakkan belia dan beliawanis memahami dan menghayati kebudayaan dan kesenian masyarakat melayu dan etnik tempatan.
2.Mewujudkan semangat perpaduan dan cintakan budaya dan kesenian di kalangan belia dan beliawanis.
3.Melahirkan dan mengembangkan kepelbagaian potensi belia dan beliawanis dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
4.Sebagai satu alternatif mengumpul dan menerapkan nilai-nilai cintakan pemimpin dan negara, seterusnya menjadi tonggak dan tulang belakang kepada pemimpin.
5.Melahirkan belia dan beliawanis yang bersih dari pelbagai gejala sosial, bersifat terbuka, berketerampilan sesuai dengan arus perubahan semasa.
6.Memberi pendedahan dan pendidikan tentang kepelbagaian teknik dan kemahiran seni persembahan dan penggunaan pelbagai alat tradisional.
7.Melahirkan aktivis seni yang boleh memberikan khidmat bimbingan kepada belia dan beliawanis dalam mempelajari seni dan kebudayaan dan kesenian bangsa melayu yang selari dengan dasar kebudayaan kebangsaan.
8.Memberi ruang yang proaktif dalam kerja sosial yang membolehkan mereka berkumpul dan belajar tentang perkara dan aspek yang melibatkan bidang yang mesra kepada rakyat setempat.
9.Menyemai dan menerap unsur yang lebih progresif dan predramatik agar pertubuhan ini dapat diagihkan dengan tugas atau aktiviti-aktiviti yang positif dengan medium yang betul dalam menyokong pucuk pimpinan.