mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2025 : MINI PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI NADI TAMAN SB PERDANA

Tarikh29 November 2025
Masa09:00 am – 04:00 pm
LokasiNADI Taman SB Perdana
Peserta100 Orang
Tujuan:
Mini Program Hari Bersama Komuniti NADI Taman SB Perdana dianjurkan bagi mengeratkan hubungan antara komuniti setempat serta memperkenalkan peranan NADI sebagai pusat informasi dan pembangunan masyarakat. Program ini bertujuan bagi menyediakan ruang pembelajaran, pendedahan teknologi, serta aktiviti bermanfaat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Melalui penganjuran ini, komuniti di sekitar NADI berpeluang mendapatkan maklumat, mengikuti demonstrasi, serta menyertai aktiviti interaktif yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Secara keseluruhan, program ini diadakan untuk mengukuhkan sokongan komuniti terhadap inisiatif setempat.
Aktiviti:
– Pendaftaran Keahlian Baru
– Saringan Kesihatan
– Pengenalan & Promosi NADI
– Kelas bersama Komuniti Madani (KM)
– Pertandingan Musang Berjanggut
– Pertandingan Menghias Kek
– Kuiz Kempen Internet Selamat (KIS)
– Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak & Tadika)
– Pertandingan MLBB
– Cabutan Bertuah
– Penyampaian Hadiah
Gambar Promosi NADI & Kelas bersama KM Disini
Gambar Pertandingan Disini
Gambar Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah Disini