mcmc
Laporan AktivitiUtama

Laporan Aktiviti Februari 2025: Karnival Tak Payah, Tak Nak.

Tarikh 22 Februari 2025
Masa 7:00 am – 6:00 pm
Lokasi Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong,
Sekinchan, Sabak Bernam.
Bilangan Peserta Penduduk sekitar daerah Sabak Bernam
Tujuan
Karnival Tak Payah, Tak Nak! “The Roadtour” ini merupakan inisiatif Skuad Antidadah Negeri Selangor yang akan menjelajah ke semua Sembilan (9) daerah di Selangor. Karnival ini bakal berlangsung setiap bulan bermula Februari sehingga Disember 2025 dan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak terdiri daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan & Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan badan korporat.

Pelbagai pengisian yang menarik dan berinformasi bakal dianjurkan sepanjang karnival ini berlangsung dengan penyertaan melibatkan segenap lapisan masyarakat sejajar dengan objektif utama membentuk generasi sihat tanpa dadah.

Antara objektif yang disasarkan adalah:
1. Mempromosi slogan “Tak Payah Tak Nak”
2. Memupuk Kesedaran Sosial
3. Sinergi Agensi, NGO, pihak swasta dan badan korporat
4. Hidup Sejahtera, Keluarga Bahagia, Masyarakat Bebas Dadah
Aktiviti
🍔 Foodfest
🏋‍♂ Sukan Rakyat
💃 Senamrobik
🎤 Mini Konsert
🏛 Pameran Agensi Kerajaan
🩺 Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian Percuma!

Aktiviti-aktiviti di booth NADI:
✅  Pendaftaran Keahlian Ahli NADI – Daftar PERCUMA dan nikmati pelbagai kemudahan sepanjang hayat!
✅ Kuiz ICT & Kuiz Advokasi – Tambah ilmu & menang hadiah menarik!
✅ Cabutan Bertuah – Rebut peluang untuk bawa pulang hadiah eksklusif!
✅ Pameran NADI – Ketahui lebih lanjut tentang MyDigital ID & buat saringan kesihatan!
✅ Produk Usahawan – Dapatkan barangan berkualiti daripada usahawan tempatan!
✅ Promosi Program Perkhidmatan Pintar – Pelbagai program & manfaat menanti anda!
Gambar semasa program berlangsung.