Tular satu berita yang mendakwa kononnya sumber Astro Awani melaporkan kerajaan akan menaikkan harga elektrik dalam masa terdekat.
Penjelasan:
Dakwaan tersebut adalah palsu, tidak berasas dan tidak pernah diungkap dalam mana-mana kenyataan rasmi kerajaan.
Penyebaran berita tidak benar seperti ini boleh mencetuskan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan rakyat.
