
Kanak-kanak boleh terdedah kepada kandungan tidak sesuai seperti keganasan, bahan lucah, dan maklumat mengelirukan yang boleh menjejaskan perkembangan mental serta emosi mereka.
Lindungi mereka dengan langkah-langkah ini:
Ajar mereka untuk tidak berkongsi maklumat peribadi.
Gunakan kawalan ibu bapa (parental control).
Berbincang secara terbuka tentang risiko internet.
Galakkan mereka bertanya jika menghadapi situasi mencurigakan.
Bersama kita jadikan internet tempat yang lebih SELAMAT untuk mereka!