mcmc
Utama

Hebahan Inisiatif Kerajaan: 3,149 (AP) Wi-Fi TERSEDIA DI (UM, USIM, UniMAP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sukacita saya kongsikan, sebanyak 3,149 titik akses (AP) Wi-Fi telah pun siap dipasang di tiga universiti awam (UM, USIM, UniMAP) menerusi fasa pertama dalam usaha menambah baik capaian Internet di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Ini pencapaian yang amat baik, hasil kerjasama antara Kementerian Komunikasi melalui MCMC, dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pagi tadi saya meluangkan masa ke Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba) di UM untuk meninjau status pemasangan AP Wi-Fi berkenaan.

Menerusi fasa pertama, 1,837 AP Wi-Fi telah dipasang di empat fakulti dan satu kolej di UM.

Insya-Allah, fasa kedua akan bermula Mac ini yang memanfaatkan 14 universiti awam (termasuk UM), 24 politeknik dan 43 kolej komuniti.

Hampir 32,000 AP Wi-Fi akan dipasang dalam fasa kedua nanti, dan dijangka siap pada Julai.

Sempena keberadaan di UM tadi, saya turut menyampaikan sumbangan 50 komputer riba kepada mahasiswa UM, terutama yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas.

Sumber: Fahmi Fadzil